SELAMAT DATANG


Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik dan
Mesin Canai jenis konvensional dan CNC, Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan.
Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar.

Tempoh Pengajian
8 Semester

Peluang Kerjaya
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.
Pelajar juga boleh menyambung penjagian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM, UTHM, UTM dan lain-lain IPT Kemahiran yang berkaitan.

Pentauliahan
Semester 1 - 2 : Sijil Vokasional Tahap 1 (Pra-Diploma)
Semester 3 - 4 : Sijil Vokasional Tahap 2 (Pra-Diploma)
Semester 5 - 6 : Sijil Vokasional Tahap 3 (Diploma )
Semester 7 - 8 : Sijil Vokasional Tahap 4 & Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

Dikemaskini pada 18/03/2018