SELAMAT DATANG
Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti‐duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai jenis konvensional dan CNC, Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan. Di semester 8, pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 3 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar. Tempoh Pengajian 8 Semester Peluang Kerjaya Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang